artifak warisan bm Loceng gangsa yang ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor ini dipercayai digunakan sebagai lambang kuasa dan status pemiliknya. Rekabentuk dan corak yang terdapat pada loceng gangsa ini mempunyai persamaan dengan Gendang Dong Son yang berasal dari Dong Son, Vietnam. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah
Galeri A : Sejarah Awal
  
Manusia Perak
Manusia Perak

Lukisan Dinding
Lukisan Dinding

Beberapa artifak peninggalan Sejarah Awal
Beberapa artifak peninggalan Sejarah Awal

Galeri ini menyusur-galurkan evolusi pembentukan muka bumi dan asal usul masyarakat awal di Malaysia, yakni jumpaan alat batu Zaman Paleolitik (200,000 tahun dahulu) sehinggalah artifak peninggalan candi Hindu-Buddha di Lembah Bujang pada Zaman Proto Sejarah. Antara koleksi lain yang diperagakan termasuklah berbagai jenis tembikar Zaman Neolitik, barang-barang perhiasan seperti gelang batu, anting-anting kulit siput serta manik-manik yang digunakan sebagai barang dagangan. Salah satu artifak berharga yang dipamerkan ialah loceng Dong Son yang bertarikh 150 tahun Masihi.

Koleksi lain yang menarik di galeri ini termasuklah replika rangka Perak Man yang bertarikh 10,000-11,000 tahun dahulu diekskavasi di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak. Ia merupakan rangka manusia yang tertua dan hampir lengkap yang ditemui di Asia Tenggara. Selain itu, pengkebumian prasejarah yang merangkumi pengkebumian tempayan, keranda kayu balak, kubur kepingan batu turut dipaparkan untuk tujuan mengetahui sistem ritual dan struktur organisasi sosial masyarakat lampau.

Pelan Galeri A