Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu

Mural Hang Tuah
Mural Hang Tuah

Sudut peragaan segmen Baba dan Nyonya
Sudut peragaan segmen Baba dan Nyonya

Diorama Pengislaman Raja Melaka
Diorama Pengislaman Raja Melaka

Galeri ini mempamerkan bukti-bukti sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara dengan tumpuan khusus kepada kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo.

Kemunculan kerajaan-kerajaan tersebut membuktikan kewujudan suatu sistem pemerintahan yang tersusun dan sistematik dengan pencapaian dalam bidang sosio-ekonomi khasnya perdagangan antarabangsa serta perkembangan dalam ciri-ciri kebudayaan dan kepercayaan rumpun Melayu.

Fokus utama galeri adalah berkisar kepada Kerajaan Melayu Melaka yang menjadi episod penting dalam sejarah negara. Melaka bukan sahaja terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang masyhur bahkan bangkit sebagai sebuah kerajaan yang gemilang dan agung selain berjaya mewujudkan satu bentuk sistem pemerintahan beraja yang diwarisi oleh kerajaan-kerajaan yang wujud selepasnya.

Pelan Galeri B