artifak warisan bm Pending Melayu emas padu. Permukaannya diukir timbul pintalan tali emas dan bijirin emas. Motif bunga kiambang dan sulur. Keseluruhan pending ditatah permata pelbagai warna. Berasal dari Kelantan. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah
Galeri C : Era Kolonial
  
Seksyen Penjajahan Belanda
Seksyen Penjajahan Belanda

Antara artifak senjata di bawah pemerintahan British
Antara artifak senjata di bawah pemerintahan British

Diorama Perjanjian Pangkor
Diorama Perjanjian Pangkor

Galeri ini memaparkan sejarah negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak ketika berada di bawah cengkaman kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis pada tahun 1511 ke atas Melaka. Rentetan pencerobohan ini, kuasa-kuasa asing silih berganti membawa kepada penjajahan Belanda hingga penguasaan British dan Jepun di samping ancaman Siam yang berterusan menjajah bumi Melayu ketika itu.

Faktor utama yang menjadi tarikan kuasa asing terhadap bumi Melayu adalah kedudukannya yang strategik di persimpangan Selat Melaka iaitu di antara jalan perdagangan timur dan barat serta kekayaan hasil buminya. Mereka datang untuk menguasai perdagangan rempah dan mengekploitasi hasil bumi khususnya bijih timah yang mendapat permintaan tinggi di Eropah semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian pada awal kurun ke 18. Penguasaan kuasa-kuasa asing ke atas negara ini berlarutan lebih 500 tahun. Sepanjang tempoh ini, kekayaan negara dibolot dan anak tempatan ditindas dan dinafikan hak mereka sehingga membawa kepada bibit-bibit kesedaran untuk bangkit mempertahankan ketuanan di tanah air sendiri.

Turut dimuatkan adalah kesan dan perubahan-perubahan yang dibawa dan ditinggalkan oleh penjajah dari aspek politik, sosial dan ekonomi.

Pelan Galeri C