artifak warisan bm Arca Buddha Duduk yang diperbuat daripada tanah liat ini dijumpai di Pengkalan Bujang, Selatan Kedah. Dipercayai berasal dari abad 11 hingga 12 Masihi. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah
Galeri D : Malaysia Kini
  

Galeri ini membawa pengunjung menyelusuri liku-liku pahit manis dalam meniti perjuangan ke arah kemerdekaan dan pembentukan bangsa. Ia memaparkan proses transformasi serta pembangunan yang dikecapi sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957, diikuti dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 sehinggalah hari ini. Kini rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama bebas mengamalkan adat, budaya dan kepercayaan masing-masing dan hidup dalam suasana aman dan damai. Antara dokumen penting yang turut dipamerkan ialah salinan asal watikah pengisytiharaan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, ketua negara Malaysia.

Gambar Galeri C 1 Gambar Galeri C 2
Gambar Galeri C 3 Gambar Galeri C 4
Gambar Galeri C 5 Gambar Galeri C 6
Gambar Galeri C 7 Gambar Galeri C 8