Galeri D : Malaysia Kini

Pengisytiharan Kemerdekaan
Pengisytiharan Kemerdekaan

Pencapaian Malaysia sejak zaman kemerdekaan hingga kini
Pencapaian Malaysia sejak zaman kemerdekaan hingga kini

Setaraf Sedunia, Disanjung Tinggi
Setaraf Sedunia, Disanjung Tinggi

Galeri ini membawa pengunjung menelusuri liku-liku pahit manis yang dilalui oleh rakyat dalam meniti perjuangan ke arah kemerdekaan dan pembentukan bangsa. Ia memaparkan proses transformasi serta pembangunan yang dicapai sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957, diikuti dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 sehinggalah ke hari ini. Kini rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama bebas mengamalkan adat, budaya dan kepercayaan masing-masing dan hidup dalam suasana aman dan damai. Antara dokumen penting negara yang dipamerkan ialah salinan asal watikah perisytiharan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, ketua negara Malaysia.

Pelan Galeri D