Avalokitesvara

Patung Avalokitesvara ini ditemui di sebuah lombong bijih timah milik Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ia diperbuat daripada gangsa dan mempunyai lapan tangan namun satu daripadanya telah patah. Mengikut pentarikhan, patung ini dianggarkan wujud antara kurun ke-7 hingga 12 Masihi pada zaman peradaban Hindu-Buddha. Berat patung inii ialah 140 paun dan tinggi 93 sm.