Buku Merah
  
Nama: Buku Merah
Kategori:
Lokasi:

Rancangan Buku Merah merupakan satu pelan dasar pembangunan luar Bandar yang diperkenalkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada tahun 1960. Buku ini mengandungi projek-projek pembangunan setiap daerah yang dikendalikan oleh Bilik Gerakan oleh Gerakan Negeri dan Daerah di seluruh negara. Fokus utama Buku Merah ini adalah projek pembangunan luar Bandar seperti pembinaan jalan, parit, surau, klinik, kelas dewasa, perkhidmatan telefon dan sebagainya.


artifak warisan bm Celepa emas bersepuh milik asal keluarga diraja Terengganu. Buatan tukang Melayu yang sangat halus. Dibentuk bersegi 10 dengan berjenis ukiran daun sulur dan bijirin emas. Di tengahnya diukir bentuk sekuntum bunga bertatah sebutir permata delima merah dan dipagari dengan permata kaca berwarna merah. Sekitar abad ke-18. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah