| Nama: | Celepa |
| Kategori: | Koleksi Etnologi, Objek Ketara Koleksi Muzium(Senarai Warisan Kebangsaan 2009), |
| Lokasi: | Galeri B: Kerajaan-kerajaan Melayu, |
Celepa emas berbentuk bintang pecah sepuluh seperti sekuntum bunga. Permukaannya ditatah dengan permata jernih dan butiran manik-manik emas. Pernah dimiliki oleh kerabat diraja Sultan Zainal Abidin I, Terengganu (1725-1733). Berukuran 8.8 sm garis pusat.





Arca Buddha Duduk yang diperbuat daripada tanah liat ini dijumpai di Pengkalan Bujang, Selatan Kedah. Dipercayai berasal dari abad 11 hingga 12 Masihi. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.
