Dokoh Buah Sukun
  

Dokoh buatan tukang Melayu yang sangat cantik. Bentuk daun sukun lebar dan dua keping buah azimat bersama dua keping daun dan dua keping bunga mawar. Permukaan dokoh diukir dengan pintalan tali emas sulur serta bijirin dan manik emas. Sekitar awal kurun ke-19.


artifak warisan bm Loceng gangsa yang ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor ini dipercayai digunakan sebagai lambang kuasa dan status pemiliknya. Rekabentuk dan corak yang terdapat pada loceng gangsa ini mempunyai persamaan dengan Gendang Dong Son yang berasal dari Dong Son, Vietnam. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah