Gendang Dong Son
Nama: Gendang Dong Son
Kategori : Koleksi Etnologi,
Lokasi : Galeri A : Sejarah Awal,

Gendang gangsa ini dijumpai di Batu Buruk, Terengganu pada tahun 1964. Gendang ini dipercayai digunakan sebagai alat muzik untuk hari perayaan, perkahwinan dan upacara kematian. Ia juga dijadikan sebagai alat pengkebumian oleh golongan kaya dan berstatus.