Istana Satu
  
Nama: Istana Satu
Kategori: Koleksi Etnologi,
Lokasi: Perkarangan Muzium Negara,

Bangunan yang disebut sebagai “Istana Satu” telah dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III, Sultan Negeri Terengganu pada tahun 1884, di dalam kawasan kota Istana Maziah, Kuala Terengganu. Bangunan daripada kayu cengal ini mempunyai seni bina yang berunsurkan rumah Melayu tradisional Negeri Terengganu iaitu “Rumah Terengganu Tiang Dua Belas”. Istana Satu yang dipamerkan ini adalah merupakan sebahagian dari bangunan istana yang lengkap, dimana sebahagian lagi diletakkan di Muzium Terengganu.


artifak warisan bm Arca Buddha Duduk yang diperbuat daripada tanah liat ini dijumpai di Pengkalan Bujang, Selatan Kedah. Dipercayai berasal dari abad 11 hingga 12 Masihi. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah