Istana Satu
Nama: Istana Satu
Kategori : Koleksi Etnologi,
Lokasi : Perkarangan Muzium Negara,

Bangunan yang disebut sebagai “Istana Satu” telah dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III, Sultan Negeri Terengganu pada tahun 1884, di dalam kawasan kota Istana Maziah, Kuala Terengganu. Bangunan daripada kayu cengal ini mempunyai seni bina yang berunsurkan rumah Melayu tradisional Negeri Terengganu iaitu “Rumah Terengganu Tiang Dua Belas”. Istana Satu yang dipamerkan ini adalah merupakan sebahagian dari bangunan istana yang lengkap, dimana sebahagian lagi diletakkan di Muzium Terengganu.