Kapal korek
  
Nama: Kapal korek
Kategori: Koleksi Etnologi,
Lokasi: Galeri C : Era Kolonial,

Kapal korek menyerupai sebuah kilang yang teapung di tasik buatan dengan lantai, dinding dan atapnya yang datar. Kapal Korek mempunyai satu talian penceduk yang berat untuk mengaut dan mengangkut tanah ke dalam badan kapal korek. Tanah tersebut akan dihancurkan oleh pancutan air semasa memasuki silinder yang berputar manakala bahan-bahan yang mengandungi timah akan disalurkan ke loji pemisah pertama di mana unsur-unsur mineral berat yang terkumpul. Kapal korek yang besar mampu mengorek sedalam 200 meter di bawah permukaan air dalam satu operasi yang berterusan selain berkeupayaan mengendalikan sehingga lebih tiga suku juta meter padu bahan setiap bulan. Kapal korek pertama telah diperkenalkan oleh Malayan Tin Dredging Ltd. di kawasan timah Lembah Kinta pada tahun 1913. Menjelang 1940, terdapat 123 buah kapal korek beroperasi dan ini merupakan jumlah rekod terbesar pernah direkodkan. Jumlah ini semakin berkurangan dan menurun kepada 38 unit pada akhir 1983. Pada masa ini, tidak terdapat satu unit pun kapal korek yang beroperasi.


artifak warisan bm Patung Avalokitesvara ini ditemui di sebuah lombong bijih timah milik Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ia diperbuat daripada gangsa dan mempunyai lapan tangan namun satu daripadanya telah patah. Mengikut pentarikhan, patung ini dianggarkan wujud antara kurun ke-7 hingga 12 Masihi pada zaman peradaban Hindu-Buddha. Berat patung ini ialah 140 paun dan tinggi 93 sm. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah