Kelirieng (Tiang Pengebumian)
  
Nama: Kelirieng (Tiang Pengebumian)
Kategori: Koleksi Etnologi,
Lokasi: Perkarangan Muzium Negara,

Kelirieng digunakan oleh Kaum Sekapan dan Punan Bah pada zaman dahulu sebagai tempat untuk menyimpan tempayan yang berisi tulang-tulang dari keranda. Kebiasaannya tempayan akan diletakkan di dalam kelirieng atau di keliling kelirieng yang didirikan jauh dari kediaman penduduk. Kelirieng yang dianggarkan berusia sekitar 200 tahun ini telah dihadiahkan oleh kaum Sekapan (suku kaum Kajang) dan kaum Punan Bah dari daerah Belaga, Ulu Sungai Rajang, Sarawak. Telah didirikan di perkarangan Muzium Negara pada 1 November 1979 dengan ukuran 8.5 meter tinggi (26 kaki) berasal dari Sungai Pila manakala yang kecil berukuran 7.1 meter (22 kaki) berasal dari Sungai Bah.


artifak warisan bm Muka hadapan :Sultan Alauuddin dalam tulisan jawi. Muka belakang :Khalifah Mumnin dalam tulisan jawi. Artifak ini telah diisytihar sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah