Kereta Austin Seven
Nama: Kereta Austin Seven
Kategori : Koleksi Etnologi,
Lokasi : Perkarangan Muzium Negara,

Kereta Austin Seven adalah kereta yang berada dalam kelasnya yang tersendiri yang direka cipta oleh Sir Herbert Austin di antara tahun 1933 hingga 1939. Kereta yang dipamerkan ini merupakan salah satu daripada 27,280 buah kereta yang dikeluarkan pada tahun 1935. Di antara ciri-ciri utama kereta ini ialah ukuran rodanya 6 ka. 9 in, panjangnya ialah 9 ka. 11 in, dasarnya 4 ka. 3 in, lebarnya 5 ka. 2 ½ in, kadar minyak 40 batu segelen dan kelajuan maksima 50 batu sejam.