Kereta Kuda Johor
  
Nama: Kereta Kuda Johor
Kategori: Koleksi Etnologi,
Lokasi: Perkarangan Muzium Negara,

Kereta kuda jenis ini adalah kenderaan yang digunakan oleh masyarakat Cina di Bandar Maharani, Johor sekitar tahun 1910. Pada awalnya ia digunakan untuk bersiar-siar dan melakukan aktiviti harian oleh pemiliknya kemudian telah bertukar menjadi pengangkutan awam. Kereta kuda Johor akan ditarik oleh seekor kuda padi dengan kadar tambang sebanyak lima sen bagi sebatu perjalanan iaitu kira-kira 1.6km. Oleh kerana zaman telah berubah maka penggunaanya juga telah ditamatkan.


artifak warisan bm Muka hadapan :Sultan Alauuddin dalam tulisan jawi. Muka belakang :Khalifah Mumnin dalam tulisan jawi. Artifak ini telah diisytihar sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah