Kereta Kuda Johor
Nama: Kereta Kuda Johor
Kategori : Koleksi Etnologi,
Lokasi : Perkarangan Muzium Negara,

Kereta kuda jenis ini adalah kenderaan yang digunakan oleh masyarakat Cina di Bandar Maharani, Johor sekitar tahun 1910. Pada awalnya ia digunakan untuk bersiar-siar dan melakukan aktiviti harian oleh pemiliknya kemudian telah bertukar menjadi pengangkutan awam. Kereta kuda Johor akan ditarik oleh seekor kuda padi dengan kadar tambang sebanyak lima sen bagi sebatu perjalanan iaitu kira-kira 1.6km. Oleh kerana zaman telah berubah maka penggunaanya juga telah ditamatkan.