Kereta Kuda Melaka
  
Nama: Kereta Kuda Melaka
Kategori: Koleksi Etnologi,
Lokasi: Perkarangan Muzium Negara,

Kereta kuda ini telah digunakan pertama kali di Melaka pada tahun 1910 oleh seorang yang berbangsa Cina. Kemudiannya telah dibeli oleh Encik Awal bin Mat dari Kampung Bukit Piatu, Solok, Melaka pada tahun 1929. Kereta kuda ini digunakan untuk membawa penumpang dengan mengenakan kadar tambang lima sen bagi jarak sebatu perjalanan.


artifak warisan bm Tepak sirih milik Almarhum Sultan Abdul Samad (1859 – 1880), Selangor. Diperbuat daripada perak bersalut emas. Permukaan diukir timbul bunga ketumbit dan rama-rama serta lambang kerajaan negeri daripada emas. Mengandungi lima cembul dan kacip bersadur emas. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah