Kereta Kuda Melaka
Nama: Kereta Kuda Melaka
Kategori : Koleksi Etnologi,
Lokasi : Perkarangan Muzium Negara,

Kereta kuda ini telah digunakan pertama kali di Melaka pada tahun 1910 oleh seorang yang berbangsa Cina. Kemudiannya telah dibeli oleh Encik Awal bin Mat dari Kampung Bukit Piatu, Solok, Melaka pada tahun 1929. Kereta kuda ini digunakan untuk membawa penumpang dengan mengenakan kadar tambang lima sen bagi jarak sebatu perjalanan.