Keris Riau-Lingga
  
Nama: Keris Riau-Lingga
Kategori: Koleksi Etnologi,
Lokasi: Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu,

Keris ini dikurniakan kepada Sultan Ahmad ibni Sultan Zainal Abidin III Terengganu semasa perkahwinan baginda. Hulu gadingnya berbentuk Jawa Demam. Dihiasi dengan pendokok emas, suasa dan cincin melawau yang diperbuat daripada emas dan bertatahkan batu permata. Mata keris jenis bahari lurus disadur dengan warna keemasan. Sampir daripada kayu jenis Semenanjung. Terdapat batir dan tuli-tuli. Sarung keris diterap dengan logam perak berukiran dan mempunyai buntut jenis mata kapak yang diterap dengan emas.


artifak warisan bm Celepa emas bersepuh milik asal keluarga diraja Terengganu. Buatan tukang Melayu yang sangat halus. Dibentuk bersegi 10 dengan berjenis ukiran daun sulur dan bijirin emas. Di tengahnya diukir bentuk sekuntum bunga bertatah sebutir permata delima merah dan dipagari dengan permata kaca berwarna merah. Sekitar abad ke-18. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah