King Edward VII
  
Nama: King Edward VII
Kategori: Koleksi Arkeologi,
Lokasi: Perkarangan Muzium Negara,

King Edward VII adalah putera sulung kepada Ratu Victoria dan Putera Albert yang dilahirkan pada tahun 1841. Baginda berkahwin dengan Puteri Alexandra dari Denmark ketika berusia 22 tahun dan mempunyai 6 orang cahaya mata. Ketika berusia 59 tahun, baginda telah menaiki takhta menggantikan bondanya yang telah mangkat. King Edward VII amat popular di kalangan rakyat jelata dan di peringkat global. Baginda sempat memerintah selama 9 tahun dan telah mangkat pada tahun 1910. Kemudian tampuk pemerintahan telah digantikan pula oleh putera sulung baginda iaitu King George V. Patung ini menjadi lambang Tanah Melayu pernah menjadi tanah jajahan dan naungan British pada masa lampau. Juga bertepatan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara anggota Komanwel iaitu suatu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British.


artifak warisan bm Tepak sirih milik Almarhum Sultan Abdul Samad (1859 – 1880), Selangor. Diperbuat daripada perak bersalut emas. Permukaan diukir timbul bunga ketumbit dan rama-rama serta lambang kerajaan negeri daripada emas. Mengandungi lima cembul dan kacip bersadur emas. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah