Koc Kereta api Bukit Bendera Pulau Pinang
Nama: Koc Kereta api Bukit Bendera Pulau Pinang
Kategori : Koleksi Etnologi,
Lokasi : Perkarangan Muzium Negara,

Koc ini telah digunakan di Bukit Bendera, Pulau Pinang yang merupakan satu-satunya jenis pengangkutan yang terdapat di Asia Tenggara yang direka dan dikeluarkan oleh Syarikat Swiss. Memulakan perkhidmatannya pada 21 Oktober 1923 hingga Disember 1977 sebelum digantikan dengan koc yang lebih moden dan besar. Koc ini boleh membawa 50 orang penumpang dengan berat badan tanpa muatan ialah 7 ½ tan dan boleh membawa muatan sebanyak 2 ½ tan. Koc ini telah dihadiahkan kepada Muzium Negara oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 23 Jun 1978.