Loceng Dong Son
  

Loceng gangsa ini ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor.  Ia dipercayai berasal dari Dong Son, Utara Vietnam berdasarkan reka bentuk dan coraknya yang sama dengan loceng Dong Son yang lain. Loceng ini dianggar dihasilkan sekitar 150 Tahun Masihi, iaitu bersamaan dengan perluasaan kuasa kerajaan Funan.


artifak warisan bm Celepa emas bersepuh milik asal keluarga diraja Terengganu. Buatan tukang Melayu yang sangat halus. Dibentuk bersegi 10 dengan berjenis ukiran daun sulur dan bijirin emas. Di tengahnya diukir bentuk sekuntum bunga bertatah sebutir permata delima merah dan dipagari dengan permata kaca berwarna merah. Sekitar abad ke-18. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah