| Nama: | Loceng Dong Son |
| Kategori: | Koleksi Etnologi, Objek Ketara Koleksi Muzium(Senarai Warisan Kebangsaan 2009), |
| Lokasi: | Galeri A : Sejarah Awal, |
Loceng gangsa ini ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor. Ia dipercayai berasal dari Dong Son, Utara Vietnam berdasarkan reka bentuk dan coraknya yang sama dengan loceng Dong Son yang lain. Loceng ini dianggar dihasilkan sekitar 150 Tahun Masihi, iaitu bersamaan dengan perluasaan kuasa kerajaan Funan.





Pending Melayu emas padu. Permukaannya diukir timbul pintalan tali emas dan bijirin emas. Motif bunga kiambang dan sulur. Keseluruhan pending ditatah permata pelbagai warna. Berasal dari Kelantan. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.
