Loket Tengku Ampuan Mariam
  

Loket milik Tengku Ampuan Mariam, iaitu puteri kepada Sultan Ahmad (Pahang) yang diperisterikan Sultan Terengganu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1920-1942). Pada bahagian belakang loket dan kerongsang ini tertera namanya dalam tulisan jawi.


artifak warisan bm Pending Melayu emas padu. Permukaannya diukir timbul pintalan tali emas dan bijirin emas. Motif bunga kiambang dan sulur. Keseluruhan pending ditatah permata pelbagai warna. Berasal dari Kelantan. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah