Megalith
  
Nama: Megalith
Kategori: Koleksi Arkeologi,
Lokasi: Perkarangan Muzium Negara,

Megalith atau lebih dikenali sebagai Batu Hidup oleh penduduk tempatan (Malaysia) hanya terdapat di daerah Alor Gajah, Melaka dan di daerah Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, Negeri Sembilan. Megalith di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu batu-batu yang tingginya di antara dua hingga enam kaki disusun berorientasikan arah utara-selatan secara berpasangan dan diatur di dalam barisan timur-barat. Jenis kedua batu yang tinggi lebih kurang satu kaki dan tidak mempunyai susunan yang khusus. Kebanyakkan megalith di semenanjung tergolong dalam jenis pertama biasanya didirikan di atas tapak tanah yang berbusut. Biasanya terdapat satu batu yang terbesar dan sering diberi nama khas oleh penduduk tempatan. Pasangan megalith yang didirikan ini berasal dari tapak yang diekskavasi di Tampin, Negeri Sembilan. Di dalam ekskavasi ini tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa tapak-tapak megalith ini tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa tapak-tapak megalith di Semenanjung Malaysia adalah tapak bersejarah atau tanah perkuburan seperti yang dipercayai oleh masyarakat tempatan.


artifak warisan bm Pending Melayu emas padu. Permukaannya diukir timbul pintalan tali emas dan bijirin emas. Motif bunga kiambang dan sulur. Keseluruhan pending ditatah permata pelbagai warna. Berasal dari Kelantan. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah