Model Kapal korek
  
Nama: Model Kapal korek
Kategori: Koleksi Etnologi,
Lokasi: Galeri C : Era Kolonial,

Kapal korek menyerupai bentuk sebuah kilang yang terapung di tasik buatan dengan lantai, dinding dan atapnya yang datar. Kapal korek mempunyai satu talian penceduk yang berat untuk mengaut dan mengangkut tanah ke dalam badan kapal korek. Tanah tersebut akan dihancurkan oleh pancuran air semasa memasuki silinder yang berputar manakala bahan-bahan yang mengandungi timah akan disalurkan ke loji pemisah pertama di mana unsur-unsur mineral berat itu terkumpul. Kapal korek yang besar mampu mengorek sedalam 200 meter di bawah permukaan air dalam satu operasi yang berterusan selain berkeupayaan mengendalikan sehingga lebih tiga suku juta meter padu bahan setiap bulan. Kapal korek pertama telah diperkenalkan oleh Malayan Tin Dredging Ltd di kawasan timah Lembah Kinta pada tahun 1913. Menjelang 1940, terdapat 123 buah kapal korek beroperasi dan ini merupakan jumlah pernah direkodkan. Jumlah ini semakin berkurangan dan menurun kepada 38 unit pada akhir 1983. Pada masa ini, tidak terdapat satu unit pun kapal korek yang beroperasi.


artifak warisan bm Pending Melayu emas padu. Permukaannya diukir timbul pintalan tali emas dan bijirin emas. Motif bunga kiambang dan sulur. Keseluruhan pending ditatah permata pelbagai warna. Berasal dari Kelantan. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah