Pending
  

Pending emas bertatah batu-batu permata dengan reka corak bunga sulur-bayur. Batu-batu permata yang disusun berpasang-pasang tiga menyerlahkan lagi ketampanan pemakainya. Dipakai oleh kerabat diraja semasa upacara istiadat kebesaran diraja. Berusia lebih 100 tahun.


artifak warisan bm Loceng gangsa yang ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor ini dipercayai digunakan sebagai lambang kuasa dan status pemiliknya. Rekabentuk dan corak yang terdapat pada loceng gangsa ini mempunyai persamaan dengan Gendang Dong Son yang berasal dari Dong Son, Vietnam. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah