Perahu Sekoci
Nama: Perahu Sekoci
Kategori : Koleksi Etnologi,
Lokasi : Perkarangan Muzium Negara,

Perahu Sekoci merupakan perahu tradisi bersaiz kecil yang terkenal di Negeri Terengganu Darul Iman. Ia digunakan untuk aktiviti memancing, mencandat sotong dan memukat ikan dengan menggunakan pukat-pukat kecil di sekitar persisiran pantai. Perahu yang berukuran besar biasanya dilengkapi enjin dan menggunakan kemudi tetap untuk menangkap ikan di kawasan jauh dari pantai. Dari segi bentuk, luasnya lurus, manakala buritan dan haluannya sedikit tinggi daripada birai perahu. Bagi perahu yang kecil, haluan dan buritannya adalah lebih kurang sejengkal (25sm) dan yang besar antara 1 hingga 1.5 meter malahan boleh mencapai sehingga 2.5 meter.