| Nama: | Pintu Gerbang |
| Kategori: | Koleksi Arkeologi, |
| Lokasi: | Perkarangan Muzium Negara, |
Pintu gerbang yang diperbuat daripada kayu cengal ini merupakan hasil rekaan pengukir Diraja Nik Abdullah dari Kampung Atas Banggol, Kelantan. Ia siap dibina pada tahun 1934 bersamaan dengan 1353 H. Pada asalnya pintu gerbang ini menghiasi rumah Tuan Haji Wan Hassan bin Wan Haji Ahmad, Mufti Negeri Perak semasa pemerintahan Sultan Idris. Kemudian telah dihadiahkan kepada Muzium Negara oleh Tuan Haji Wan Yusof bin Haji Wan Hassan pada awal tahun 1978.





Tepak sirih milik Almarhum Sultan Abdul Samad (1859 – 1880), Selangor. Diperbuat daripada perak bersalut emas. Permukaan diukir timbul bunga ketumbit dan rama-rama serta lambang kerajaan negeri daripada emas. Mengandungi lima cembul dan kacip bersadur emas. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.
