Tengkolok Agong
Nama: Tengkolok Agong
Kategori : Koleksi Etnologi,
Lokasi : Galeri D : Malaysia Kini,

Tengkolok Diraja merupakan sebahagian daripada pakaian kebesaran Melayu. Semenjak beberapa kurun lamanya, Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan pelbagai solek di ulunya, sebagai pakaian kebesaran. Bentuk ikatan (solek) dan warnanya adalah berlainan dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Kain ulu itu di namakan Tengkolok dan Tengkolok yang dipakai oleh D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada hari Pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan Dendam Tak Sudah yang berasal dari Negeri Sembilan. Pada bahagian  hadapan tengkolok ini dipasang anak bulan pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih dan di tengah-tengah bintang terletak lambang Kerajaan Malaysia yang berwarna-warni.