Terabai
Nama: Terabai
Kategori : Koleksi Etnologi,
Lokasi : Galeri C : Era Kolonial,

Perisai yang berbentuk lonjong ini diperbuat daripada sekeping kayu lembut dan dihiasi dengan corak figura dan flora. Ia digunakan sebagai perlindungan dalam peperangan oleh kaum Iban dan Dayak di Sarawak. Ia berfungsi melindungi diri daripada serangan atau tetakan pihak musuh khususnya semasa amalan ‘Ngayau’ (memenggal kepala musuh) pada masa dahulu.