Langkau ke kandungan utama

Galeri C : Era Kolonial

Galeri ini menyingkap sejarah penguasaan dan penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu bermula dari penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511. Rentetan pencerobohan ini, kuasa-kuasa asing silih berganti membawa kepada penjajahan Belanda, British dan Jepun di samping ancaman Siam yang berterusan menjajah bumi Melayu ketika itu. 

Faktor utama yang menjadi tarikan kuasa asing terhadap bumi Melayu adalah kedudukannya yang strategik di persimpangan Selat Melaka iaitu di antara jalan perdagangan timur dan barat serta kekayaan hasil buminya. Mereka datang untuk menguasai perdagangan rempah dan mengekploitasi hasil bumi khususnya bijih timah yang mendapat permintaan tinggi di Eropah semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian pada awal kurun ke 18. Penguasaan kuasa-kuasa asing ke atas negara ini berlarutan lebih 500 tahun. Sepanjang tempoh ini, kekayaan negara telah dirampas, anak tempatan ditindas dan dinafikan hak mereka sehingga membawa kepada kesedaran untuk bangkit mempertahankan ketuanan di tanah air sendiri. 

Turut dipaparkan dalam galeri ini adalah kesan dan perubahan-perubahan yang dibawa dan ditinggalkan oleh penjajah dari aspek politik, sosial dan ekonomi.