Langkau ke kandungan utama
Kereta Proton Suprima S

 

Proton Holdings Berhad memperkenalkan Suprima S pada 17 Ogos 2013. Nama Suprima lahir daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu "Supreme" manakala huruf S bermaksud "Sports". Suprima S menggunakan enjin 1.6 liter turbo dengan padanan kotak gear ProTronic VT tujuh kelajuan. Jentera ini mampu melampiaskan kuasa maksimum sehingga 140 PS pada 5,000pm dan puncak tork 205Nm pada 2,000 hingga 4,000pm. Malah pengendalian yang lebih dinamik dengan bantuan LOTUS Hide & Handling memantapkan lagi jentera ini.

Proton Suprima S Super Premium telah mendapat pengiktirafan lima bintang daripada Australasian New Car Assesment Program (ANCAP). Elemen-elemen keselamatan juga diterapkan pada model ini iaitu enam beg udara, Hill-Hold Assist, ESC dengan bantuan brek, sistem kawalan cengkaman, ABS dan EBD. la turut dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit sepenuhnya, kamera undur, butang penghidup enjin, kawalan jelajah dan pedal penukar gear.