Bagaimana hendak ke Muzium Negara
Bas
Menaiki bas RED GoKL dan turun di stesen Muzium Negara. Anda juga boleh menaiki bas KL Hop-on Hop-off dan turun di perhentian No. 07 untuk ke Muzium Negara.
KTM Komuter, LRT, Monorel dan ERL
Turun di stesen KL Sentral dan ikuti laluan stesen sambungan untuk ke MRT Muzium Negara.
MRT
Menggunakan MRT dan terus menuju ke Stesen Muzium Negara.
Kawasan Letak Kereta
Kawasan letak kereta yang selesa disediakan di Muzium Negara.
- RM 3.00 untuk Jam Pertama atau Sebahagian darinya
- RM 3.00 untuk Jam Berikut atau Sebahagian darinya
- RM 10.00 Sekali Masuk (Bas, Van & Teksi)
- RM 50.00 Tiket Hilang (Denda)
*Kadar bayaran di atas adalah tidak termasuk 6% SST
Waktu Operasi : Setiap hari dan cuti umum
Makanan dan Minuman
Menjamu selera dengan juadah makanan yang beraneka jenis serta makanan ringan yang terdapat di Kafeteria Muzium Negara. Makanan dan minuman adalah dilarang dibawa masuk ke Muzium Negara.
Kemudahan Lif dan Kerusi Roda
Lif disediakan untuk pelawat berkerusi roda ke Muzium Negara. Kerusi roda juga disediakan atas permintaan. Sila berhubung dengan Kaunter Informasi Muzium Negara di (03) 2267 1111 (talian umum) untuk maklumat lanjut.
Mengambil Gambar
Fotografi dan mengambil video adalah dibenarkan di galeri pameran bagi tujuan kegunaan sendiri sahaja. Bagi tujuan komersial pula, sila dapatkan kebenaran dengan menulis kepada Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Muzium Malaysia.
Kedai Cenderamata Muzium
Terletak di aras bawah berdekatan dengan laluan keluar Muzium Negara. Terdapat beberapa koleksi menarik yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan seperti koleksi buku, video cakera padat dan ia boleh dibuat sebagai bahan kenangan serta hadiah semasa melawat Muzium Negara. Setiap bahan yang dijual mempunyai signifikan sejarahnya yang tersendiri.
Lokasi Menarik Berdekatan
Terdapat banyak lokasi yang menarik berdekatan dengan Muzium Negara antaranya adalah Taman Tasik, Tugu Negara, Taman Burung dan Taman Tasik Perdana.
Waktu Dibuka dan Bayaran Masuk
- 9 pagi hingga 5 petang (Waktu Masuk Akhir adalah 4.00 petang)
- Dibuka setiap hari kecuali hari pertama Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha
- Ditutup setiap Isnin pertama setiap bulan
WARGANEGARA MALAYSIA | |
---|---|
Dewasa | RM 2.00 |
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) | RM 1.00 |
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah | Percuma |
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam | Percuma |
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam | RM 2.00 |
Ahli International Council of Museums (ICOM) | Percuma |
BUKAN WARGANEGARA | |
Dewasa | RM 5.00 |
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) | RM 2.00 |
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun | Percuma |
Ahli International Council of Museums (ICOM) | Percuma |
Lawatan Berkumpulan
Sebarang lawatan berkumpulan daripada SEKOLAH / UNIVERSITI perlulah dimaklumkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh lawatan melalui:
- Mengisi Borang Lawatan Sekolah / Universiti, atau;
- Surat bertulis yang boleh diemelkan kepada Pn. Shenna Anak Skem, Unit Pendidikan di shenna.skem@jmm.gov.my
Hubungi Pn. Shenna di 03-2267 1111 samb. 213 untuk pertanyaan lanjut.
Sebarang lawatan berkumpulan daripada AGENSI KERAJAAN / SWASTA / KEDUTAAN / SYARIKAT perlulah dimaklumkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh lawatan melalui surat bertulis dan permohonan lawatan boleh diemelkan kepada:
Cik Nik Aesya binti Nik Ahmad Kamal, Unit Pengurusan Muzium dan Hubungan Seranta
EMEL: aesyakamal@jmm.gov.my
Hubungi Cik Nik Aesya di 03-2267 1111 samb. 115 untuk pertanyaan lanjut.