Langkau ke kandungan utama
Program Ceria @ Muzium Negara
-
Dewan Tengah, Muzium Negara

 

Sertai aktiviti CERIA yang berkonsepkan Do-It-Yourself atau DIY dalam menghasilkan pelbagai kraf seperti rebana ubi, wau bulan, kotak undi dan lain-lain lagi. Selain dapat mempelajari tentang keunikan sejarah Malaysia, aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang koleksi dan artifak yang bercirikan kebudayaan dan warisan negara. Serlahkan bakat anak-anak anda dengan melakukan aktiviti interaktif dan praktikal ini pada setiap hari Sabtu di Dewan Tengah Muzium Negara.

Sesuai untuk kanak-kanak 7 hingga 12 tahun.

Hari: Setiap hari Sabtu

Masa: 11.00 pagi

Lokasi: Dewan Tengah, Muzium Negara