artifak warisan bm Muka hadapan :Sultan Alauuddin dalam tulisan jawi. Muka belakang :Khalifah Mumnin dalam tulisan jawi. Artifak ini telah diisytihar sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah
Kunjungi Muzium
  

Peta Lokasi

Peta Muzium Negara

View Google Map

 
Pandangan hadapan Muzium Negara
Pandangan hadapan Muzium Negara

 
Tempat letak kereta
Tempat letak kereta
 
Kafeteria
Kafeteria
 
Kemudahan OKU
Kemudahan OKU
 
Kedai Muzium
Kedai Muzium
 
Bas KL HOP-ON HOP-OFF
Bas KL HOP-ON HOP-OFF
 

Bagaimana hendak ke Muzium Negara

Bas

Menggunakan bas RapidKL bas No. 115 (bayaran RM 2.00 sehari untuk KL City Shuttle) dari KL Sentral. Perkhidmatan bas KL Hop-in Hop-off juga disediakan dan perhentian untuk ke Muzium Negara adalah di perhentian bas No. 12.

Komuter KTM dan Rapid Kelana Jaya Line (dikenali sebagai Putra LRT)

Dari KL Sentral anda perlu berjalan dalam lingkungan 0.5 km ke Muzium Negara dengan menggunakan susur jalan yang telah ditetapkan dengan mengikut papan tanda yang disediakan.

Kawasan letak kereta

Kawasan letak kereta yang selesa disediakan di Muzium Negara. Kadar bayaran sebanyak RM3.00 untuk kereta dan RM 1.00 untuk motosikal.

Makanan & minuman

Menjamu selera dengan juadah makanan yang beraneka jenis serta makanan ringan yang terdapat di Kafeteria Muzium Negara. Makanan dan minuman adalah dilarang dibawa masuk ke Muzium Negara.

Kemudahan

Sebuah lif disediakan untuk pelawat berkerusi roda ke Muzium Negara. Kerusi roda juga disediakan atas permintaan. Sila berhubung dengan Kaunter Khidmat Pelawat di (03) 2267 1000 (talian umum) untuk maklumat lanjut.

Mengambil gambar

Fotografi dan mengambil video adalah dibenarkan di galeri pameran bagi tujuan kegunaan sendiri sahaja. Bagi tujuan komersial pula, sila dapatkan kebenaran dengan menulis kepada Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Muzium Malaysia.

Kedai Muzium

Terletak di aras bawah berdekatan dengan laluan keluar Muzium Negara. Terdapat beberapa koleksi yang menarik yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan seperti koleksi buku, video cekera padat dan ianya boleh dibuat sebagai bahan kenangan serta hadiah  semasa melawat Muzium Negara. Setiap bahan yang dijual mempunyai signifikan sejarahnya yang tersendiri.

Lokasi menarik berdekatan

Terdapat banyak lokasi yang menarik berdekatan dengan Muzium Negara antaranya adalah Taman Tasik, Tugu Negara, Taman Burung dan Taman Tasik Perdana.

Waktu Dibuka dan Bayaran Masuk

  • Waktu beroperasi 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.
  • Muzium akan ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Jenis Pelawat
Kadar
Warganegara
RM 2.00
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
RM 1.00
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (warganegara)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam (warganegara)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam (warganegara)
RM 2.00
Ahli International Council of Museums (ICOM)
Percuma
Bukan Warganegara
RM 5.00
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) (bukan warganegara)
RM 2.00
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun (bukan warganegara)
Percuma