Muzium Negara sentiasa melaksanakan pelbagai program pendidikan dan khidmat seranta bagi melebarkan jangkauan penerangan sejarah dan kebudayaan negara. Selain berpeluang mempelajari sejarah dan kebudayaan negara di galeri tetap dan pameran sementara, Muzium Negara turut menawarkan:
- Khidmat nasihat aktiviti pendidikan dan pengembangan
- Lawatan berpandu ke galeri-galeri Muzium Negara
- dan bersedia bekerjasama melaksanakan aktiviti pendidikan dan pengembangan dengan pihak sekolah, IPTA, IPTS, agensi kerajaan, agensi swasta dan badan bukan kerajaan
Orang ramai adalah dialu-alukan merebut peluang bersama-sama menyertai pelbagai program menarik yang dianjurkan.
Pihak yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan di atas dan bekerjasama dengan Muzium Negara bolehlah menghubungi kami menerusi borang maklum balas secara online .
Bagi permohonan lawatan berpandu secara berkumpulan, sila muat turun borang permohonan lawatan berkumpulan. Para bakal pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan Sukarelawan Muzium Malaysia bagi tujuan lawatan berpandu dalam pelbagai bahasa. Maklumat berkenaan Lawatan berpandu oleh Sukarelawan Muzium boleh didapati di sini.




Pending Melayu emas padu. Permukaannya diukir timbul pintalan tali emas dan bijirin emas. Motif bunga kiambang dan sulur. Keseluruhan pending ditatah permata pelbagai warna. Berasal dari Kelantan. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.


