artifak warisan bm Loceng gangsa yang ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor ini dipercayai digunakan sebagai lambang kuasa dan status pemiliknya. Rekabentuk dan corak yang terdapat pada loceng gangsa ini mempunyai persamaan dengan Gendang Dong Son yang berasal dari Dong Son, Vietnam. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah
Penyelidikan & Dokumentasi
  

 

Kami sedia membantu anda. 

Muzium Negara menerusi perkhidmatan penyelidikan dan dokumentasi bersedia untuk:

  • Memberikan khidmat nasihat penyelidikan lapangan dan pameran
  • Menyediakan maklumat dan sumber rujukan berkenaan sejarah dan kebudayaan negara
  • Bekerjasama melaksanakan aktiviti penyelidikan dengan pihak sekolah, IPTA, IPTS, agensi kerajaan, agensi swasta dan badan bukan kerajaan
Pihak yang berminat mendapatkan perkhidmatan di atas bolehlah memuat turun  borang permohonan penyelidikan atau mengajukan keperluan perkhidmatan anda dengan berhubung terus dengan kakitangan Muzium Negara menerusi  borang maklum balas secara online