![]() |
Muzium Selangor 1899-1945 |
![]() |
Bangunan sementara Muzium Negara 1953-1959 |
Sejarah Penubuhan
Sejarah permuziuman di Malaysia bermula pada tahun 1883 apabila pemerintah British menubuhkan Muzium Perak di Taiping. Ini diikuti dengan penubuhan Muzium Sarawak di Kuching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899.
Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, pengurusan tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem disentralisasi oleh pemerintah British.
Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh disebabkan pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10 Mac 1945. Akibatnya, sebahagian besar koleksi telah musnah.
Dua tahun selepas kemerdekaan iaitu pada tahun 1959, kerajaan melantik seorang arkitek iaitu Encik Ho Kok Hoe untuk merekabentuk Muzium Negara yang dicadangkan dibina di atas tapak runtuhan Muzium Selangor. Pembinaannya telah dimulakan pada tahun 1962 dan pada 31 Ogos 1963, bangunan Muzium Negara akhirnya siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Yang di Pertuan Agong ke–III Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.
![]() |
Lawatan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke tapak pembinaan Muzium Negara yang sedang dijalankan |
![]() |
Muzium Negara dalam pembinaan |
Rekabentuk
Reka bentuk bangunan Muzium Negara adalah bercirikan elemen astetik dan ukiran bangunan Istana Melayu tradisional. Reka bentuk yang tersergam indah ini dipilih sendiri oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Seni bina bangunan Muzium Negara disokong oleh 26 batang tiang konkrit yang telah diubahsuai bagi mengekalkan ciri-ciri istana Melayu tradisional. Konsep 26 batang tiang ini berdasarkan kepada gabungan 13 tiang yang terdapat pada bahagian timur dan 13 tiang lagi pada bahagian barat bangunan, yakni melambangkan Malaysia dibentuk daripada 13 buah negeri.
Sejarah Perkembangan Muzium Di Malaysia Sehingga Penubuhan Muzium Negara
Muzium Perak, Taiping (1883) | Penubuhan muzium pertama oleh British di Tanah Melayu. |
Muzium Sarawak (1888) | Penubuhan Muzium Sarawak oleh Raja Sarawak II Sir Charles Brooke di Kuching. |
Muzium Selangor (1906) | Muzium Selangor mula beroperasi. |
Muzium Selangor dan Muzium Taiping (1910) | Pengurusan pentadbiran kedua-dua muzium ini digabungkan menjadi Muzium Negeri-Negeri Bersekutu di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. |
Muzium Selangor dan Muzium Taiping (1930) | Pengurusan pentadbiran kedua-dua muzium ini dipisahkan di bawah program desentralisasi kerajaan British. |
Muzium Selangor (10 Mac 1945) |
Sebahagian bangunan muzium dan koleksi musnah akibat serangan udara oleh Tentera Berikat semasa Perang Dunia Kedua. |
Muzium Negara Sementara
(1961) |
Bangunan sementara Muzium Negara yang ditubuhkan atas inisiatif Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di tapak asal Muzium Selangor dibuka kepada orang ramai. Bangunan sementara Muzium Negara dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan bangunan Muzium Negara. |
Muzium Negara
|
|
Maklumat Am Penubuhan Muzium Negara
Idea dan Inisiatif | YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj |
Pelukis dan Arkitek | En. Ho Kok Hoe |
Ukuran Bangunan | 362 kaki x 124 kaki |
Pembinaan Bermula | Di tapak Muzium Negara sementara pada tahun 1962 |
Perasmian | 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong III |
Perubahan Pentadbiran Pengurusan Muzium Negara
Jadual 1 : Muzium Negara di bawah Pengurusan Jabatan
TAHUN | JABATAN |
1963 | Muzium Negara |
1974 | Jabatan Muzium |
1992 | Jabatan Muzium Dan Antikuiti |
2006 | Jabatan Muzium Malaysia |
Jadual 2 : Muzium Negara di bawah Pengurusan Kementerian
TAHUN | KEMENTERIAN |
1963 | Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) |
1974 | Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar |
1977 | Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) |
1987 | Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) |
1990 | Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (KKKP) |
2004 | Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) |
2008 | Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) |
2009 | Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) |
2013 - 2018 | Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) |
2018 - 2019 | Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (KPK/MOTAC) |
2020 - Sekarang | Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (KPK/MOTAC) |