Sejarah
Muzium Selangor 1899-1945
Muzium Selangor 1899-1945

 
Bangunan sementara Muzium Negara 1953-1959
Bangunan sementara Muzium Negara 1953-1959

Sejarah Penubuhan

Sejarah permuziuman di Malaysia bermula pada tahun 1883 apabila pemerintah British menubuhkan Muzium Perak di Taiping. Ini diikuti dengan penubuhan Muzium Sarawak di Kuching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899.

Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, pengurusan tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem disentralisasi oleh pemerintah British.

Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh disebabkan pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10 Mac 1945. Akibatnya, sebahagian besar artifak telah musnah.

Pada tahun 1959, sejurus selepas kemerdekaan, kerajaan melantik seorang arkitek iaitu Encik Ho Kok Hoe untuk mereka bentuk Muzium Negara yang akan dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-III Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963.

Lawatan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke tapak pembinaan Muzium Negara yang sedang dijalankan
Lawatan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke tapak pembinaan Muzium Negara yang sedang dijalankan

 
Muzium Negara dalam pembinaan
Muzium Negara dalam pembinaan

 

Rekabentuk

Reka bentuk bangunan Muzium Negara adalah bercirikan elemen astetik dan ukiran bangunan Istana Melayu tradisional. Reka bentuk yang tersergam indah ini dipilih sendiri oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Seni bina bangunan Muzium Negara disokong oleh 26 batang tiang konkrit yang telah diubahsuai bagi mengekalkan ciri-ciri istana Melayu tradisional. Konsep 26 batang tiang ini berdasarkan kepada gabungan 13 tiang yang terdapat pada bahagian timur dan 13 tiang lagi pada bahagian barat bangunan, yakni melambangkan Malaysia dibentuk daripada 13 buah negeri.

 

Sejarah Perkembangan Muzium di Malaysia

Muzium Perak, Taiping (1883)    Penubuhan muzium pertama oleh British selepas Perjanjian Pangkor 1874.                                                                                   
Muzium Sarawak (1888) Penubuhan oleh Raja Sarawak II Sir Charles Brooke di Kuching.
Muzium Selangor (1902) Pentadbiran Negeri-Negeri Bersekutu – Inggeris menubuhkan Muzium Selangor di tapak Muzium Negara.
Muzium Selangor dan Muzium Taiping (1910) Pengurusan pentadbiran kedua-dua muzium ini digabungkan menjadi Muzium Negeri-Negeri Bersekutu di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Muzium Selangor dan Muzium Taiping (1930) Pengurusan pentadbiran kedua-dua muzium ini dipisahkan di bawah program desentralisasi kerajaan British.
Muzium Negara
(1962)
(1963)

Penubuhan Muzium Negara
Perasmian oleh SPB Yang di-Pertuan Agong III – Tuanku Syed Putra Al-Haj.

 

Maklumat Am Penubuhan Muzium Negara

Idea dan Inisiatif YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Pelukis dan Arkitek En. Ho Kok Hoe
Ukuran Bangunan 362 kaki x 124 kaki
Pembinaan Bermula Di tapak Muzium Negara sementara pada tahun 1962

 

Sejarah Muzium Negara

Pembinaan Pertama 1902 Muzium Selangor
Pengeboman Perang Dunia Ke-2 1945 (Mac) Bahagian Timur
Pembinaan Semula Muzium Sementara 1953 Sir Gerald Templer
Inspirasi 1958 YTM Tunku Abdul Rahman
  1959 Pelan rekabentuk
  1962 Pembinaan Bangunan
Perasmian 31 Ogos 1963 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong III

 

Perubahan Pentadbiran Muzium Negara

Jadual 1 : Muzium Negara di bawah Pengurusan Jabatan

TAHUN JABATAN
1963 Muzium Negara
1974 Jabatan Muzium
1992 Jabatan Muzium Dan Antikuiti
2006 Jabatan Muzium Malaysia

Jadual 2 : Muzium Negara di bawah Pengurusan Kementerian

TAHUN KEMENTERIAN
1963 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS)
1974 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar
1977 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS)
1987 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)
1990 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (KKKP)
2004 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA)
2008 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW)
2009 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)