artifak warisan bm Celepa emas bersepuh milik asal keluarga diraja Terengganu. Buatan tukang Melayu yang sangat halus. Dibentuk bersegi 10 dengan berjenis ukiran daun sulur dan bijirin emas. Di tengahnya diukir bentuk sekuntum bunga bertatah sebutir permata delima merah dan dipagari dengan permata kaca berwarna merah. Sekitar abad ke-18. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah
Sukarelawan Muzium Malaysia
  

logo mvm

 

LAWATAN BERPANDU 

Lawatan berpandu PERCUMA selama satu jam diberi oleh para sukarelawan Muzium. 

 

Bahasa Inggeris 

Isnin sehingga Sabtu (kecuali Ahad & cuti umum)  – 10.00 pagi

 

Bahasa Perancis 

Hari Selasa dan Khamis - 10.00 pagi.

 

Bahasa Jepun

Selasa, Khamis, Jumaat dan Sabtu – 10.00 pagi.

 

Bahasa Malayu dan Bahasa Mandarin 

Sabtu (hanya pada cuti persekolahan Malaysia) – 10.00 pagi

 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati:

museumvolunteersjmm.com