Ucapan Ketua Pengarah

 

 

Ketua Pengarah
Jabatan Muzium Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah membangunkan laman web yang baru untuk Muzium Negara.

Muzium Negara selaku mercu tanda negara berperanan sebagai wadah pameran dan peragaan identiti kebangsaan menerusi penceritaan sejarah dan kebudayaan negara. Para pengunjung berpeluang mengenali dengan lebih lanjut mengenai Malaysia menerusi pengisian galeri-galeri dan program-program yang dianjurkan.

Muzium Negara turut bertindak sebagai instrumen pendidikan ke arah merapatkan persefahaman, integrasi dan toleransi dalam kalangan rakyat. Kepelbagaian warisan yang dicanai daripada asimilasi berbilang kaum yang terpelihara di Malaysia menonjolkan kesatuan menerusi kepelbagaian yang unik dan jarang dilihat di persada dunia.

Sebagai menyahut ledakan ICT yang berkembang pesat, laman web ini diharapkan dapat bergerak selari dengan tuntutan generasi baru yang inginkan maklumat di hujung jari. Ia juga berfungsi sebagai tingkap bagi menggamit sanubari para pengunjung dari dalam dan luar negara untuk tampil melawat Muzium Negara.

Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini untuk manfaat semua pihak.

Terima kasih kerana mengunjungi laman web Muzium Negara.

"Muzium Kita Tamadun Kita"