artifak warisan bm Muka Hadapan : "Sultan Zainal Abidin" dalam tulisan jawi. Muka Belakang : "Khalifatul Muminin" dalam tulisan jawi. Artifak ini telah diisytihar sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah
Unit Pendidikan & Khidmat Seranta
  

Muzium Negara sentiasa melaksanakan pelbagai program pendidikan dan khidmat seranta bagi menyebar luas penerangan berkaitan sejarah dan kebudayaan negara. Selain memberi peluang bagi mempelajari sejarah dan kebudayaan negara di pameran tetap dan  pameran sementara, Muzium Negara turut menawarkan:

  • Khidmat nasihat untuk aktiviti pendidikan
  • Lawatan berpandu ke pameran tetap Muzium Negara
  • Aktiviti pendidikan dan program awam untuk pihak sekolah, IPTA, IPTS, agensi kerajaan, agensi swasta dan badan bukan kerajaan
Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai pelbagai program menarik anjuran muzium. Bagi yang berminat,sila buat permohonan melalui borang-borang berikut: 

Buku Panduan Program Ruang Penerokaan (PDF)

Permohonan Online - Sila guna borang permohonan online pada laman utama ( Aktiviti Pendidikan Muzium Negara)