artifak warisan bm Loceng gangsa yang ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor ini dipercayai digunakan sebagai lambang kuasa dan status pemiliknya. Rekabentuk dan corak yang terdapat pada loceng gangsa ini mempunyai persamaan dengan Gendang Dong Son yang berasal dari Dong Son, Vietnam. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah
Unit Penyelidikan & Dokumentasi
  

1.    Memberi khidmat nasihat kepada para penyelidik yang melakukan penyelidikan di Muzium Negara.
2.    Menyediakan maklumat dan sumber rujukan Muzium Negara.
3.    Bersedia bekerjasama melaksanakan aktiviti penyelidikan dengan pihak sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Swasta (IPTS), agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan.

Sebarang permohonan penyelidikan di Muzium Negara mestilah dibuat melalui Bahagian Penyelidikan & Dokumentasi, Jabatan Muzium Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

En. Samsol bin Sahar
samsol@jmm.gov.my

Pengarah
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Muzium Malaysia
Tel: +603-2267 1000 samb. 233/280/344
Faks: +603-22671060

Sila Muat Turun Borang Permohonan Penyelidikan Di Sini