Soalan Lazim
Soalan-soalan

Am

1) Di manakah letaknya Muzium Negara Malaysia?
2) Siapakah yang boleh dihubungi di Muzium Negara semasa lawatan?
3) Apakah peraturan yang dikenakan semasa melawat Muzium Negara?
4) Apakah kemudahan-kemudahan lain yang disediakan?
5) Adakah pihak Muzium Negara menyediakan perkhidmatan lawatan berpandu?
6)
Adakah saya boleh mendapatkan gambar-gambar salinan resolusi tinggi Muzium Negara yang digunakan di laman web ini?

 

Jawapan

Am

1 Di manakah letaknya Muzium Negara Malaysia?
  Muzium Negara Malaysia terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur berhampiran Kuala Lumpur Sentral. Klik di sini untuk melihat peta jalan ke Muzium Negara.
2 Siapakah yang boleh dihubungi di Muzium Negara semasa lawatan?
  Terdapat pegawai yang bertugas pada setiap hari untuk membantu anda.
3 Apakah peraturan yang dikenakan semasa melawat Muzium Negara?
 
. Dilarang membawa masuk binatang peliharaan.
. Dilarang merokok.
. Dilarang membawa masuk makanan dan minuman.
. Dilarang membawa masuk topi keledar.
. Dilarang membuang sampah merata-rata.
. Dilarang memegang barang-barang pameran
4 Apakah kemudahan-kemudahan lain yang disediakan?
 
. Tempat letak kereta berbayar.
. Kafetaria
. Kerusi roda dan lif untuk pelawat kurang upaya.
. Surau
. Tempat Istirahat
5 Adakah pihak Muzium Negara menyediakan perkhidmatan lawatan berpandu?
  Ya. Pihak yang berminat mendapatkan lawatan berpandu boleh menghubungi pihak muzium negara dan memaklumkan keperluan lawatan berpandu beserta tarikh, masa dan bilangan peserta lawatan berpandu. Pengunjung juga boleh menyertai program lawatan berpandu yang dianjurkan oleh Sukarelawan Muzium Malaysia. Maklumat lanjut berkenaan Sukarelawan Muzium Malaysia boleh didapati di pautan Kunjungi Muzium > Sukarelawan Muzium.
6
Adakah saya boleh mendapatkan gambar-gambar salinan resolusi tinggi Muzium Negara yang digunakan di laman web ini?
 

Ya. Anda boleh mendapatkan salinan gambar-gambar Muzium Negara menerusi Unit Sumber Media, Jabatan Muzium Malaysia.

Sila berhubung dengan:

Unit Sumber Media
Jabatan Muzium Malaysia,
Jalan Damansara,
50566 Kuala Lumpur.
Telefon: (+603) 2267 1000
Faks: (+603) 2282 6434

(Gambar boleh didapati dengan kadar bayaran yang berpatutan)

» Kembali ke atas


artifak warisan bm Tepak sirih milik Almarhum Sultan Abdul Samad (1859 – 1880), Selangor. Diperbuat daripada perak bersalut emas. Permukaan diukir timbul bunga ketumbit dan rama-rama serta lambang kerajaan negeri daripada emas. Mengandungi lima cembul dan kacip bersadur emas. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah