Sumbangan penulisan dalam bentuk artikel
Orang ramai khususnya golongan penulis, akademik, penyelidik, dan pelajar IPTA/IPTS yang berminat adalah dijemput untuk tampil menyumbangkan penulisan bagi disiarkan di laman web Muzium Negara. Topik penulisan artikel mestilah berkaitan dengan bidang permuziuman seperti pameran, konservasi, pemasaran dan sebagainya. Penulis artikel yang terpilih akan menerima saguhati daripada pihak Muzium Negara sebagai penghargaan. Sila hantarkan penulisan anda kepada info@museum.gov.my.
ARTIKEL
Muzium Negara Sepintas Lalu
Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara. Pembinaannya yang mewakili identiti nasional merupakan kemuncak kepada sejarah pembinaan muzium-muzium terawal di negara ini seperti Muzium Taiping, Perak (1883), Muzium Sarawak (1888) dan Muzium Selangor (1889). Didirikan di atas tapak Muzium Selangor yang musnah pada Mac 1945 akibat Perang Dunia ke 2, idea pembinaannya telah dirancang pada 1957 selepas kemerdekaan negara ini dan diumumkan pembinaannya pada 1959. Melalui inspirasi yang berlatarbelakang identiti negara, rekabentuk yang dipersetujui oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah membolehkan pembinaannya menjadi realiti pada 1961. Akhirnya bangunan Muzium Negara berdiri megah dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-III pada 31 Ogos 1963, iaitu enam tahun selepas kemerdekaan negara ini.
ARTIKEL
Pembinaan Bangunan Muzium Negara
Bangunan Muzium Negara yang ada sekarang dibina di atas tapak Muzium Selangor yang dibuka pada 1906.Bahagian kanan Muzium Selangor musnah terkena sasaran bom yang dilepaskan pesawat B29 milik Tentera Berikat semasa Perang Dunia Kedua pada bulan Mac 1945. Sebahagian daripada koleksi-koleksi Muzium Selangor yang terselamat dipindahkan ke tempat lain dan ada juga yang dibawa ke Muzium Perak, Taiping oleh pegawai- pegawai Jepun yang mentadbir Muzium Selangor ketika itu.
ARTIKEL
Muzium Negara Pada Tahun 1980-1990
Sejak penubuhan Muzium Negara pada tahun 1963, Pengarah Muzium Negara juga menjadi Pengarah Jabatan Muzium yang bertanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti permuziuman di Tanah Melayu dan berpejabat di Muzium Negara. Namun demikian tumpuan umum adalah kepada Muzium Negara dan Pengarah Muzium Negara memberikan perhatian utama kepada pengendalian harian Muzium Negara. Demikian juga dengan kebanyakan staf bawahan yang lain mereka dikehendaki memberikan keutamaan kepada balai-balai pameran Muzium Negara dan menentukannya sentiasa berada dalam keadaan baik pada setiap masa. Menjelang tahun 1980, terdapat sedikit perubahan pada struktur organisasi Jabatan Muzium apabila Akta Bendapurba Bil.168/1976 diluluskan Parlimen.
ARTIKEL
Penubuhan Jabatan Muzium dan Antikuiti Pada Tahun 1993
Penggunaan nama Jabatan Muzium dan Antikuiti secara rasminya telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 11 Mac 1993. Dalam tempoh yang sama bangunan tambahan yang terletak di sebelah Muzium Negara telah siap pembinaannya. Struktur Organisasi Jabatan Muzium dan Antikuiti turut dirombak bagi memenuhi pertambahan bidang tugas dan keperluan baru yang lebih luas. Kedudukan Muzium Negara turut mengalami perubahan dengan menjadikannya sebagai Bahagian Pameran Jabatan yang diketuai oleh Kurator A11 dan kemudian Kurator S3.
ARTIKEL
Menyumbang Untuk Warisan
Muzium Negara sebagai pendokong cita-cita murni negara untuk memartabatkan khazanah warisan bangsa Malaysia amat memerlukan sokongan dan sumbangan dari orang ramai dalam usaha menghimpun, memulihara dan mempamer khazanah warisan sejarah negara. Sumbangan daripada orang ramai sentiasa dialu-alukan...
BERITA
Artifak Warisan Kebangsaan

Sebanyak 10 artifak yang dimiliki oleh Jabatan Muzium Malaysia telah disenarai di dalam Daftar Warisan Kebangsaan. Artifak-artifak ini yang dikategorikan sebagai Objek Ketara adalah di antara 173 butiran warisan yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan.




Muka Hadapan : "Sultan Zainal Abidin" dalam tulisan jawi.
Muka Belakang : "Khalifatul Muminin" dalam tulisan jawi.
Artifak ini telah diisytihar sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.
