BERITA
  
Artifak Warisan Kebangsaan

Artifak Warisan Kebangsaan
Artifak Warisan Kebangsaan

 

Pada 14 Februari 2009, sebanyak 10 artifak yang dimiliki oleh Jabatan Muzium Malaysia telah disenarai di dalam Daftar Warisan Kebangsaan. Artifak-artifak ini yang dikategorikan sebagai Objek Ketara adalah di antara 173 butiran warisan yang diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan.

Daftar Warisan Kebangsaan adalah satu daftar yang mengandungi suatu senarai butiran warisan yang diwujudkan dan disenggarakan di bawah seksyen 23 Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Majlis Pengisytiharan telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, YB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution).

Objek Ketara Koleksi Muzium yang tersenarai di dalam Daftar Warisan Kebangsaan 2009 adalah:

1.Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah ( 1564 - 1570 ) Johor

2. Duit Kijang Emas

3. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Alau'uddin Riayat Shah I ( 1527 - 1564 ) Johor

4. Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Zainal Abidin II ( 1793 - 1808 ) Terengganu

5. Pending Melayu

6. Celepa Diraja Terengganu

7. Tepak Sireh Sultan Abdul Samad

8. Patung Avalokitesvara

9. Loceng Gangsa Dong Son

10. Arca Buddha Duduk

Sebanyak 3 artifak daripada senarai tersebut iaitu Celepa Diraja Terengganu, Patung Avalokitesvara dan Loceng Gangsa Dong Son kini dipamerkan untuk tontonan umum di Muzium Negara.



artifak warisan bm Muka hadapan menggambarkan seekor kijang dan di sebelah belakang tertera perkataan “Malik Al Adil” dalam tulisan jawi. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah