ARTIKEL
  
Artifak Warisan Kebangsaan

Duit Emas Sultan Muzaffar Shah (1564-1570) Johor

Duit Emas Sultan Muzaffar Shah (1564-1570) Johor

Muka hadapan: Sultan Muzaffar Shah” dalam tulisan jawi
Muka belakang: Khalifatul Muminin” dalam tulisan jawi
Duit Kijang Emas

Duit Kijang Emas

Muka hadapan menggambarkan seekor kijang dan disebelah belakang perkataan “ Malik Al- Adil” dalam tulisan jawi
Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Alau'uddin Riayat Shah (1527&28 -1564), Johor

Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Alau'uddin Riayat Shah (1527&28 -1564), Johor

Muka hadapan: “Sultan Alau’uddin” dalam tulisan jawi.
Muka belakang: “Khalifatul Muminin” dalam tulisan jawi.
Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793-1808) Terengganu

Duit Emas Zaman Pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793-1808) Terengganu

Muka hadapan: “Sultan Zainal Abidin Shah” dalam tulisan jawi.
Muka belakang: “Khalifatul Muminin” dalam tulisan jawi.
Pending Melayu

Pending Melayu

Pending Melayu emas padu. Permukaannya diukir timbul pintalan tali emas dan bijirin emas. Motif bunga kiambang dan sulur. Keseluruhan pending ditatah permata berbagai warna. Berasal dari Kelantan.
Tepak Sireh Sultan Abdul Samad

Tepak Sireh Sultan Abdul Samad

Tepak Sireh milik Almarhum Sultan Abdul Samad, Selangor (1859-1880) diperbuat daripada perak bersadur emas. Permukaan diukir timbul bunga ketumbit dan rama-rama serta lambang kerajaan negeri daripada emas mengandungi 5 butir cembul dan kacip juga bersadur emas.
Celepa Diraja Terengganu

Celepa Diraja Terengganu

Celepa emas bersepuh milik asal keluarga diraja Terengganu. Buatan tukang melayu yang sangat halus. Dibentuk bersegi 10 dengan berjenis ukiran daun sulur dan bijirin emas.Di tengahnya diukir bentuk sekuntum bunga bertatah sebutir permata delima merah dan dipagari dengan permata kaca berwarna merah juga. Sekitar abad ke 18.
Patung Avalokitesvara

Patung Avalokitesvara

Patung Avalokitesvara ini ditemui di sebuah lombong bijih timah milik Anglo Oriental, Bidor, Perak pada 1936. Ia diperbuat daripada gangsa dan mempunyai lapan tangan namun satu daripadanya telah patah. Mengikut pentarikhan, patung ini dianggarkan wujud antara kurun ke-7 hingga 12 masihi pada zaman peradaban Hindu-Buddha. Berat patung ini ialah 140 paun (42.18 kg).
Arca Buddha Duduk

Arca Buddha Duduk

Arca Buddha duduk yang diperbuat daripada tanah liat ini dijumpai di Pengkalan Bujang, Selatan Kedah dianggarkan berusia antara C 1,000-1100 CE.
Loceng Gangsa

Loceng Gangsa

Loceng Gangsa yang ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor ini dipercayai digunakan sebagai lambang kuasa dan status pemiliknya. Reka bentuk dan corak yang terdapat pada loceng gangsa ini membuktikan ia berasal dari tempat yang sama dengan gendang Dong Son yang lain. Berdasarkan pertarikhan thermoluminescence, ia dipercayai dihasilkan sekitar 150 CE iaitu bersamaan dengan perluasan kuasa kerajaan Funan.

 



artifak warisan bm Arca Buddha Duduk yang diperbuat daripada tanah liat ini dijumpai di Pengkalan Bujang, Selatan Kedah. Dipercayai berasal dari abad 11 hingga 12 Masihi. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah