ARTIKEL
  
Menyumbang Untuk Warisan

Adakah anda ingin menyumbang koleksi / artifak kepada Muzium Negara?

Tepak sireh

Muzium Negara sebagai pendokong cita-cita murni negara untuk memartabatkan khazanah warisan bangsa Malaysia amat memerlukan sokongan dan sumbangan dari orang ramai dalam usaha menghimpun, memulihara dan mempamer khazanah warisan sejarah negara. Sumbangan daripada orang ramai sentiasa dialu-alukan untuk memastikan Muzium ini lebih relevan dan berkesan dalam memaparkan perkembangan sejarah tanahair untuk dikongsi bersama seluruh masyarakat dan juga pelancong asing. Sumbangan yang diberikan diharap dapat memupuk semangat cintakan Negara yang tidak berbelah-bahagi dalam jiwa setiap warga Malaysia dan memupuk jatidiri yang utuh kepada generasi baru.

Apakah bentuk sumbangan?

Sumbangan yang diperlukan sebenarnya tidak terbatas kepada koleksi artifak sahaja. Orang ramai boleh menyumbang dokumen, kertas kerja, buku-buku, gambar-gambar foto, koleksi peribadi yang mempunyai nilai dan maklumat sejarah. Selain dari itu, Muzium juga mengalu-alukan sebarang maklumat dan bantuan penyelidikan mengenai sesuatu tempat atau peristiwa yang mempunyai kepentingan dalam aspek sejarah.

Bagaimana untuk menyumbang?

Bagi yang ingin menyumbang, sila hubungi kami melalui telefon (+603-2267 1000), atau Emel info@jmm.gov.my atau datang terus ke Muzium Negara.



artifak warisan bm Muka Hadapan : "Sultan Zainal Abidin" dalam tulisan jawi. Muka Belakang : "Khalifatul Muminin" dalam tulisan jawi. Artifak ini telah diisytihar sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.

Pernahkah anda melawat Muzium Negara?
Ya
Tidak pernah